Friday 5 July 2013

Rahsia Kita

RAHSIA?

Menurut Kamus Pelajar Edisi kedua, membawa maksud..


1) Sesuatu yg hanya diketahui oleh beberapa orang yg tertentu saja

2) Sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya
3) Secara tidak diketahui orang; secara diam-diam

Mr. P, em em em... sob3


pernah ader rahsia? rahsia yang besar?

rahsia tentang perasaan kita pada seseorang?
emmm...

selama ni aku berlindung sebalik 'topeng' melihat dia

selama ni aku mampu mengambil berat tentang dia
selama ni aku mampu melihat dia tersenyum
selama ni aku mampu melihat dia tertawa riang
selama ni aku mampu melihat dia menjadi diri dia

Namun, kini... rahsia sudah diketahui, JANGGAL!


sudah tidak boleh berselindung

tidak mampu untuk mengambil berat
tidak dapat melihat dia tersenyum
tidak dapat melihat dia tertawa riang
tidak dapat melihat dia menjadi seperti dirinya

kerana rahsia itulah, rahsia yang disimpan selama ini sudah diketahui

mungkin ader silapnya untuk bercerita rahsia pada orang lain
kadang kala sesal itu datang menjengah lubuk hati ni
namun, tiada masa yang boleh diputar kembali
tapi.. kita mampu mengubahnya
sedang berbuat begitu

kadangkala aku fikir diri aku kuat, tapi hakikatnya.. aku lemah

aku tidak tahu bagaimana caranya untuk kembalikannya seperti dulu

Bantulah hambamu ni Yang Maha Mengetahui, hambamu ini tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan.. fikirannya buntu, ingin keadaan menjadi seperti sedia kala...



Nantikan... cerita pendek nukilan nurul razali akan menyusul, keke =) 





No comments:

Post a Comment