Wednesday 26 June 2013

P.D.I

Hai Mr.P.. =)

P.D.I?
panggilan disebalik penerbitan dan informasi..
ramai yang keliru dengan publisiti dan informasi..
yang sebenarnya adalah Penerbitan dan Informasi..
apa yang aku nak ceritakan tentang pdi ni?
macam-macam ada dalam fikiran aku, banyak sangat..
yang suka, yang duka kerana pdi ini..
jatuh bangun aku sepanjang memegang profil jmk kerana pdi ini...
lemah & kuat aku kerana pdi ini lah...
macam-macam jadi, hingga kadang kala tak mampu aku bendung dalam hati..
mahu seseorang yang faham keadaan dan situasi aku tanpa soal, tapi siapa yang mampu mendengar cerita aku..?
keputusan aku? diam dan senyum bagai tiada apa yang berlaku..
hati ini dah menangis sendiri berulang kali hinggakan air mata tiada lagi untuk dikeluarkan, dan aku bangkit untuk melihat yang lain turut bahagia..
keke.. ini baru mukadimah, tapi dah panjang berjela..

bermula semester 2, aku mengenal dunia pdi..
isi borang sebagai rakan exco pdi, mulanya..
macam tak tahu ape nak buat, fotografi & editing.. hampeh!
aku memang tak tahu, serius.. waktu kat poli dulu dah bertahun hilang!
tapi aku gigih sebab nak beajar sesuatu yang baru, entah kenapa aku sangat tertarik dengan pdi..
selepas beberapa minggu aku diberi mesej, aku diterima.. terkejut okeyh!
dalam hati kata, ni main pick up je ke? haha.. aku pun pergilah perjumpaan pertama untuk sesi berkenalan & pengenalan tentang pdikz (penerbitan dan informasi kolej za'ba) gah bukan? gah juga sejarahnya.. kenangan pertama aku sebagai seorang rakan exco pdi? di semester 2?


'Menjadi sekretariat Karnival Keusahawanan 2011..bersama TNC UPSI'


'Menjadi urusetia untuk Bengkel Fotografi 2011.. keke'

nampak tak muka tak berapa nak stress sangat kan? haha..
mcam lepas tu stress pulak..
tak lah, buat semua ni sebab inginkan pengalaman..
mana yang salah diperbetulkan, tak semua orang sempurna..
pasti akan lopong dimana-mana, jadikan pengajaran supaya tak berulang lagi, kans3? keke...

naik semester, aku masih bersama pdi..
aku mula kenal dengan editing (guna cs3 je, belajar sikit-sikit)
sebabnya, aku ader housemate baru namanya amanina..
haha, budak ni dari lim kok wing kot..
so, banyak belajar dari dia sebenarnya..
terima kasih nina, sayang kamoo!! =P
nak2 pulak htkz 2012', aku jadi ketua unit pdi..
jadi, kena ler gigih belajar..
walaupun tak semua poster aku buat, aku cuba untuk memenuhi tugas yang diberikan oleh kak zyla & azim.. =)
letih sangat bila mula berlangsungnya HTKZ (Hari Terbuka Kolej Za'ba), stress weyh..
aku tak reti nak marah orang, paling busuk pun aku akan buat muka & nangis.. hahaha


'Nyawa-nyawa pdi di Kolej Za'ba..'


'Sekretariat pdi HTKZ 2012...'


'Malam terakhir untuk HTKZ 2012..'
'Back stage bersama Najwa Latif.. wuuu~'
Dan di akhir semester 3, aku telah diberi kepercayaan bersama pasangan aku Ammar untuk memegang profil JMKZ PDI bagi sesi 2012/2013.. 
pening pale boh, banyak benda nak kena buat.. 
dan kami terima dengan redha amanah yang diberi, jalankan tugas.. 
insyaallah, dengan baek... =)

'Barisan JMKZ 2012/2013..'


'Menerima watikah pelantikan sebagai JMKZ PDI 2012/2013...besarnya amanah yang diberi'

'Rasminya aku memegang profil JMKZ PDI 2012/2013..'

banyak dugaan dan cabaran yang aku hadapi, mana yang gembira akan menjadi kenangan aku sampai bila-bila..
mana yang sedih, akan aku jadikan pedoman untuk aku lebih kuat..
kini, legasi pdikz disambung dengan nyawa yang baru..
mudah-mudahan kalian jalankan tanggungjawab seikhlasnya...
insyaallah, semua usaha kalian dapat dilihat dan seronok untuk sedikit merasa bangga kerana aku pernah menjadi orang yang utama dalam pdi..

seorang kakak pernah nasihat aku (lebih kurang gini ler analoginya), tatkala.. aku jatuh dengan teruk, hingga tak ingin bangkit lagi..

"tak pe nurul, biarkan apa orang nak kata.. mereka tiada di tempat kita, hanya kita yang tahu bagaimananya rasa dihina, diherdik, dimarah, dipermainkan usaha.. mereka tidak tahu, yang penting nurul kuat.. nurul mampu jalankan tugas dan amanah yang diberi kerana Allah tahu sejauh mana kemampuan hambaNya.."


Terima kasih Kak Zyla, sayang kamoo!!


kerana itu, aku kuat hingga akhir..
walaupun askar aku makin berkurang, aku redha..
aku pernah tertanya, salahkah aku? dimana kurangnya aku?
dan aku terus redha, aku tabah dan kuat hingga akhir.. sob3
kerna aku tahu, ramai lagi yang menyokong aku..
kerna aku tahu, ramai lagi yang sayangkan aku..
kerna aku tahu, ramai lagi yang inginkan aku..
kerna aku tahu, ramai lagi yang membantu aku..


'Malam Merdeka Raya 2012...'


'Makan-makan PDI...'


'Bersama Rakan Exco PDI yang terbaik antara yang terbaik..'


'Orang-orang kuat team PDI Karnival Keindahan Islam..'
kak nurul sayang korang..
terima kasih kerana masih bersama kak nurul bila kak nurul jatuh dan bersama kak nurul bila kak nurul lupa diri, 
bersama kak nurul dalam susah senang kak nurul...
bersama kak nurul dalam hjan dan panas, 
terima kasih banyak2, 
sayang korang sampai mati.. lillahita'ala

terima kasih kak zyla & azim kerana percayakan nurul..
terima kasih senior-senior kerana percayakan nurul..
terima kasih adik2 kerana percayakan kak nurul..
terima kasih semua yang telah percayakan nurul..
terima kasih keluarga kerana percaya & sokong kakak selama ni..
terima kasih atas segalanya..

dan yang paling utama, terima kasih Allah kerana telah memilih hambaMu yang kerdil ini memikul tanggungjawab & amanah yag besar ini... sob3 


Akhirnya aku memegang profil ni,
bukan bermaksud aku akan pergi selamanya.. 
nyawa ini akan sentiasa bersama pdi,
kerana pdi banyak mengajar aku erti usaha keras..
mengajar aku erti jangan pernah mengalah, 
mengajar erti persahabatan & persaudaraan..
memberi pengalaman sebagai insan bernama 
Nurul Ashikin Binti Mohd Razali.. =)

Tuesday 25 June 2013

semangat zaman

Mr.P, ai...

malam ni nak citer kat kamu keluarga kolej kami..
nama keluarga ni 'semangat zaman'..
nama pun keluarga, mestilah ada ebu & ayah.. 
siapakah mereka? hehe... 
main teka-teki lor, keke...

mereka terdiri daripada orang-orang yang hebat! kerna ape.. 
mereka hebat dimata aku, mereka yang sentiasa ada bersama aku.. keke

'Semangat Zaman...'
mereka adalah nyawa-nyawa aku di kolej za'ba, so..
mr,P, behave.. 
nanti kena serang! hahaha... 
gurau3x, sayanglah...

setiap orang ader kriteria masing-masing, sangat okeyh!
kadang pening pale nengok, tapi perkara itulah yang aku rindu sekarang..
nak nengok ayob, zulhazri mahmud marah kat aku.. 
sebab xon lagu bila htkz, haha.. lambat buat kerja
ebu fadilah hashim, yang dendangkan lagu popular dia bila nak kejutkan anak dara dia bangun.. huhu
`bangun bangun anakkkkku bangunn~~' lawaklah ebu!

'Atas pentas, amik adiah... hehe, ayob ader situ..kahkah'
adik beradik pompuanku yang kengkadang mereng, keke..
anis, fie, ezza (budak omey), miera, tikah, tasnim, iqa, ratina, fatin, mida, dayah, ila, lala, jayid & affin...
dak affin: em em em dia yang slalo tu mmg kelakar!
dak lala: ke'rock'an nya sangat feminin okeyh, banyak belajar style & fesyen sebenarnya walaupun aku dalam bidang ni, hehe.. sgt caring okeyh, 1semester duk ngan dia.. sangat selesa =)
dak ila: em budak ni, bnyak no masalahnya.. tapi dia yang pndai pujuk aku bila aku nanes, hahaha...
dak ezza: dia comey okeyh, mudin buat jahat..piat telinga dia!
dak tikah, mida, tasnim: tak boleh dipisahkan, berkepit je... so sweet!
ratina: lovely adek ever... luv u! hehe =)
dan adek2 lain: sayang korang...

'Adek pompuan ngan husin & mudin.. '


'Dak omey angat.. ezza!'

yang adik2 lelaki, diorang sgt ohsem dan gagah.. hot sangat! hehe..
fauzi, azhar, karim, zhaf, talib, husin, jian, ammar, qi, reza, mudin, fadel n wan..
adek2 yang kadang sakitkan hati, degilnya kadang tak terjangka.. haha =D
dak azhar: senyum ja, susah nak nengok dia marah.. hemm
dak zhaf: kuat nanges (sensitif kengkadang, tapi xleh kalah ngan aku.. keke)
dak husin: suka dia je, kuat makan.. haha (jimat, tak membazir..)
dak qi, reza & padel: hot sangat.. dak sukan kan, paling kuat (minta tolong angkat barang, no.1) antara yang lain.. leh jadi bodyguard aku, haha.. like sangat! 
dak wan: yang paling jauh, sarawak sana..
dak jian: paling sweet, senyum aje.. 
dak karim: kadang geram je nengok, sampai tak mampu nak marah.. gelak & nengokkan aje ler, paling manja ngan ebu n ayah.. gatai!

'Memasak untuk semua.. hehe'


'Dengan mereka...royal belum!'
macam-macam perangai ada, tapi itulah yang melengkapi keluarga kami..
serius, sayang diorang sampai mati.. lillahita'ala =)

Generasi Hebat – Juara


Kita semua dilahirkan 'tuk berjaya 
kita harus sedari siapa kita 
kita semua handal, kitalah juara 
Bukan mudah untuk kita mencapainya 
Kita harus tekun, jangan putus asa 
Walau betapa sukar, halangan yang ada 

Takdir kita, kitalah penggubahnya 

Jangan biarkan sesiapa menidakkannya 
Bukalah mata, jangan kau terlalu leka 
Kita semua hebat, kitalah juara 
Jangan siakan setipa peluang yang ada 
Ku pedulikan sesiapa yang tak percaya 
Melangkaui kemampuan yang sedia ada 
Ku tahu diriku hebat, akulah juara 
Setiap impian pasti ada cabaranya 
Namun ku tetap berani menempuhinya 
Jika terlalu mudah, tiada ertinya 
Untuk setiap soalan, ada jawapannya 
Untuk setiap batasan, ada natijahnya 
Walau betapa payah, jangan putus asa 

Yang terbaik, itu saja ku tahu 

Kan ku teroka yang terbaru bagi ku 
Bukalah mata, jangan kau terlalu leka 
Kita semua hebat, kitalah juara 
Jangan siakan setiap peluang yang ada
Credit: untuk semua yang ada lirik lagu ni, hehe... =)

'Dengan Atuk Dr. Zahuri Khairani.. '


'Kami satu...'




Mr. P?

siapakah beliau? wujud ke beliau?...

jawapannya... haruslah tak wujud, keke..

ini semua imaginasi aku sendiri, semuanya bermula dengan cerita my princess..
haha, lakonan kim tae hee & song seung hoon.. 
kim tae hee (princess) gelarkan lelaki yang dia minat dalam laman sosial dia dengan mr.p (prince) dalam citer tu, keke.. ini semua fantasi je, kekeke
suka2 je, dah ada yang tanya jadi aku jawab lor..

jantinanya? emm keliru.. 
sebab imaginasi, dah tentu berlawanan kan..
dia penjaga blog ni, nape aku wujudkan mr.P? 
saje, sukati lor.. blog sendiri, haha
saje nak ader peneman bersembang, kang mcm bersembang sendiri pulak..

antara yang ader ciri-ciri dalam mr.P aku, haha.. 
jangan terkejut taw, ini fantasi je.. 
mcam dalam drama/filem, kadang tak wujud pun... keke


Izzue Islam


Rosyam Nor

Adi Putra

Jung Woo Sung



Lee Byung Hun

Song Seung Hoon
haha.. terkejut? 
diorang ni antara yang aku nengok mampu jaga blog aku dari anasir-anasir luar
ha ler.. diorang sumer pernah berlakon jadi jahat, polis, agen007 gitu... terbaek r!! 
memang xler, kalo nak bayar diorang semata jaga blog aku..
so berfantasi je ler.. haha 
kelaaaassss kans?

mampukah? hahaha.. 
tak mampu pown, sedar diri.. 
*ok, fine!
motif sangat kans aku sembang pasal mr.P, kalaulah mr.P ni wujud.. jom kawen! hahaha.. berangan ler kamu nurul

mama pesan:
tak pelah kakak, kawan ler dulu.. 
nanti kalo dah jumpa yang betul2 boleh jaga kakak, kawen lah.. mama tak paksa =) pandai2 ler urus diri, Insyallah ma.. kakak akan uruskan hidup kakak dengan baek
wah! skema.. panjang lak aku bersembang pasal mr.P ni kans.. keke, baibai.. 


Sunday 23 June 2013

Selamat...

Rindu Mr. P... keke

Alhamdulillah, selamat dah hari sukan sekolah hari ni..
banyak benda belajar sepanjang penganjuran sukan sekolah..
sangat beza ngan temasya sukan kat upsi, kejora ke.. 
memang beza, sebab hadap dengan situasi sebenar..
letihnya jangan kata!
walaupun cuma duduk catat no peserta yang smpai ke garisan penamat sekalipun..
kalo dah acaranya tiap kali bersaringan tak ke banyak? keke..

tak dapat nak tunggu sampai akhir sebab terpaksa gerak pulang ke manjung..
ayah dah call bila nak balik, rindu ler tu.. hahaha
nak dipanjangkan cerita, sukan sekolah ari ni best sangat.. 
hanya aku, sutra (kawan aku) ngan DIA je yang tahu..
maluuuuuu nak cerita...
tapi xpe, pengalaman sumer tu.. 
luas sikit pemandangan kamu wahai cikgu Nurul, nice!
meninggalkan SAM Muhammadiah Pekan Sabak dengan pelbagai rasa dalam hati ni.. semoga kita bertemu lagi, okeyh.. keke sayang cikgu2! e'eh cikgu pulak, anak2 murid.. =)

sehari sebelum tu ke SAMPP untuk menjadi urusetia pertandingan pentomen Hari Puteri PPIM peringkat Negeri Selangor, 
macam-macam benda gak belajar.. 
terima kasih cik din sekeluarga sebab sudi bawa Nurul, 
terima kasih atas pengalaman ni..
pentomen yang dipersembahkan juga sangat menarik, 
semua dibawah kendalian pelajar sendiri.. 
thumbs up untuk korang! korang mmg hebat puteri2 negara.. 
cikgu juga salah seorang daripada kamu suatu ketika dulu sebelum cikgu teruskan dengan silat seni gayong, keke..

sepanjang minggu ni banyak perkara aku belajar tau, 
dari jejak ke sg.besar hingga ku jejak semula ke manjung.. 
sangat banyak!
kan kujadikan semua ini sebagai pengalaman untuk aku tingkatkan lagi kemampuan dan pengetahuan diri aku.. keke
terima kasih semuanya yer...

akan rindu semua ini, hehe.. 

'Ahli PSSGM UPSI... rindunya nak bersilat, bila nak naik bengkung? keke...'




Tuesday 18 June 2013

cikgu..

Hai Mr. P.. 

hari ni dah mula buat mikro teaching kat SAM Muhamadiyyah Pekan Sabak

dapat kelas tingkatan 1 Ibnu Khaldun, kelas no.2
anak murid sumer okey..
nakal-nakal sikit tu biasa, masing-masing minda ngah cergas
mula dengan set induksi oleh kawan sekelas..
kemudian, pengenalan mesin jahit oleh beliau... nice ngat!

kemudian, disambung oleh aku.. buat aktiviti bersama pelajar, best!

mula-mula gugup gak, tapi senyum je.. benda kan leh settle
dapat anak murid yang aktif sangat pun susah nak handle kan..
masih dibawah kawalan... sampailah penutup, bahagian aku.. hehe

perkara yang tak jangka? hahaha...

mungkin benda ni biasa kot bila cikgu baru masuk satu sekolah..
anak murid sumer pandang je, kita? senyum..
anak murid bagi salam, kita? senyum dan jawab salam..
cikgu sekolah senyum, kita? balas senyuman dia..
mak cik/pak cik cleaner senyum, kita? senyum jugak...

nengok atas bawah atas bawah, ader masalah ngan pakaian aku ke?

tudung aku senget ke?
baju berkedut sangat ke?
senyuman aku nampak tak ikhlas?
kasut tak tinggi?
pakai baju/tudung warna terang sangat?
tak pakai tag nama?
aksesori banyak sangat?
kain tinggi sebelah?

bingung kan... padahal tak ada masalah apa pun

tapi perkara tu ler duk terngiang-ngiang sehari ni..
pergi kantin macam tak lalu makan dah, tapi abis gak ler sebungkus nasi ayam dengan air limau.. kekeke
bawa mesin jahit elektrik dari bengkel ke atas bangunan, kelas pulak tingkat 4.. umph! semput dibuatnya.. tapi ceria je masuk kelas, nampak tak kawalan muka tu... hahaha
Insyaallah, hari khamis akan buat lebih baik...

disebabkan kitorang 4orang buat mikro kat sana, cikgu ajak turut serta untuk hari sukan sekolah ahad ni.. cadangnya nak balik hari khamis lepas kelas terakhir, untuk membalas jasa cikgu ainon.. kami akan libatkan diri untuk hari sukan, doakan selamat k.. =)


Cikgu sayang korang, korang belajar leklok.. ada masa kita jumpa lagi, okeyh..~


'Cikgu Sutra, Cikgu Nurul & Cikgu Farikha..'
'Persediaan mengajar..'

'Dengan pasangan mengajar... Cikgu Farikha'







Sunday 16 June 2013

A.Y.A.H

hai Mr. P, selamat hari bapa..

untuk ayah tersayang..
Mohd Razali Bin Md Tarkim, kakak sayang ayah..
papepun yang terjadi, kakak tetap sayang ayah..
maaf kalo kakak kurang tunjukkan sayang kakak pada ayah..
percayalah, kakak sentiasa sayangkan ayah..
datang ramai mana pun lelaki hensem ala-ala korea pun, ayah sentiasa yang paling ensem & ohsem di hati kakak..

terima kasih sebab sentiasa percayakan kakak..
terima kasih sebab bagi kakak sambung belajar..
terima kasih sebab bagi kakak buat apa yang kakak minat..
terima kasih sebab jaga kakak dari kecil sampai besar..
terima kasih sebab sentiasa prihatin pada kakak..
terima kasih sebab jaga adik-adik kakak..
terima kasih sebab jaga arwah mak dengan baik..
terima kasih sebab jaga mama dengan baik..
terima kasih sebab jadi ayah yang baik walaupun garang, sampaikan calon-calon akak takutkan ayah.. hehe, padan muka diorang.. ingat senang nak kawan ngan kakak?
terima kasih sebab marah/tegur/nasihat kakak bila kakak buat salah...

KAKAK sayang AYAH sampai bila-bila, maafkan kakak kalau perbuatan kakak ader yang tak senang di mata ayah selama ni..
doakan kakak berjaya sampai akhirnya...
doakan kakak menjadi anak yang soleh..
doakan kakak menjadi hamba yang sentiasa bersujud & ingat kepadaNya..
kakak doakan ayah panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik & sentiasa dilindungi rahmatNya... amin~

Terima kasih ayah, pedulikan orang sekeliling.. ayah sentiasa ada kakak untuk menyokong ayah! mmuahx.. sayang ayah~

'Zaman dulu-dulu... yeah! '

'E'eh.. bergurau lak'

'Ayah....'





Saturday 15 June 2013

Debaran

Mr.P...

Esok harinya, takut pulak...
akan bergerak ke Sg.Besar untuk buat mikro teaching...
dengan 3orang kawan, hehe... 
besties yang terbaek!! keke...
terima kasih sebab sudi buat bersama-sama
dah ditentukan untuk buat 2 kelas iaitu, ajaran teori dan amali..
takut lak tetiba nak ngadap ngan anak-anak murid ni.. hehe
harapnya sumer dipermudahkan~
amin...

tajuk teori: bahagian dalam enjin
           amali: jahitan asas...

omo2, y?? kenapa jahitan... huhu, kecut perut.. 
tapi, aku kan kuat, insyaallah.. boleh!
belum lagi ada cikgu yang terkencing dalam kelas kan, kalo anak murid tu ader lor...
emm, ngah decide nak pakai baju ape.. tudung ape.. kasut ape.. ni sumer ader kena etika seorang guru.. fuhh! harap kelas sebelum ni membantu.. sangat okeyh!! 

terima kasih cik asimah dan dr.mahizer, doakan anak murid kalian berjaya.. keke


'Farikha, Nurul, Pija.. Frens Ever'

Thursday 13 June 2013

Aktif

Hai..Mr.P!

tinggal 2hari je ni sebelum nak tinggalkan tg.malim, cuti panjang kans..
sem depan datang lagi, lepas raya.. waaa, rindu saat2 gini

berpanas, berhujan, makan nasi mentah, pekena lauk sardin hari-hari..
emm, umur je tua.. stamina, muda lagi...
masih gagah nak harungi benda ni semua, bila duduk kat rumah rasa sengal2 lak badan..
Antara kem yang aku join sepanjang satu sidang ni..
kem pemantapan JMK
kem pemantapan organisasi za'ba
kem pemantapan Fasilitator za'ba
jelajah tasik banding 2013

sumer ni kenangan baru, ye ler.. mana ader perkara yang berulang, keke..
akan rindu sangat ini, serius.. 
tetiba lak tekad nak rehat sebelum aku pegi praktikum..
harapnya, tak haus lor skill memasak & meredah hutan aku kans...
meredah ler sangat!! semput je banyak.. =)

wee.. takkan kena marah ag ngan ayah bila balik nape muka macam kena bakar! 
anak ayah dah besar, dun wori k... kekeke

'Nampak gigi dari muka, lalala....'

'Masak-masak.... '



Kami Hebat!!

Annyeong~~ ♥ Mr. P... 
sayang kamu! 
nak kenalkan kamu ngan keluarga semangat zaman... keke

mereka adalah keluarga 'Semangat Zaman'...

keluarga kami lahir sebagai JMKZ 2012/2013
banyak perkara dah kami lalui, bermula dari Kem JMK hingga penganjuran HTKZ 2013'
gila hebat x kami? okeyh.. 
malas nak tekan button 'back space', taklah sampai gila..
tapi hebat tu ada kans, kekeke..

sayang kuat2 ngan mereka, biar apa orang nak kata..

pekakkan telinga, kuatkan niat dalam hati berkorban untuk kolej dan penghuni kolej za'ba..
weyh, sayang gila ngan kolej za'ba...
banyak kenangan!!

dulu, waktu sem 1.
.
manusia ni ler yang paling benci ngan kolej za'ba sebab macam kena buli waktu MSK kolej (minggu suai kenal).. 
baru seminggu duk kolej dah tekad nak duk luar sem3, hahaha...
bila naik sem 2, ha! baru nak nampak dunia.. 
bermula dengan PDI, join Karnival Keusahawan 2011.. 
kat sini ler nampaknya seronok join aktiviti kolej, keke..
naik sem 3, join HTKZ 2012.. 
haha, tak pasal2 jadi ketua unit PDI.. 
'hitam' jugak ler kulit ni duk lari2 jaga PA system tengah hari panas terik tu.. 
tapi tak pe, pengalaman.. 
dan akhir sem3, dilantik untuk memegang portfolio EXCO PDI 2012/2013.. 
wah!! gila tak kejut, keke.. 
bermulanya semangat zaman~

Banyak benda yang jadi sepanjang setahun bersama mereka, jatuh bangun sumer bersama mereka.. 

gelak tawa, karaoke, nengok movie, bersukan, makan-makan, jejalan, kete rosak.. 
sumer dengan mereka!!
dan dalam masa yang sama, aku makin sedar mereka semakin dewasa..
dari malas nak basuh pinggan sendiri, dah pandai sekarang..
dari tak tahu nak laminate kertas, dah pandai sekarang..
dari tak tahu nak posing amik gambar, dah... 
eh!! yang tu semua tahu, keke..
dari suka simpan dalam hati, dah pandai nak luahkan..
dari tak tahu nak buat kertas kerja, dah pandai sekarang.. (aku ler tu, hehehe...)
dari tak tahu nak buat belanjawan sendiri, sekarang dah tahu...wee~

perkara yang paling aku sayang mereka, aku dapat semua perkara free.. 

haha ye ler, 
nasihat kaunselor free!
kasih sayang ebu & ayah free!
adik beradik yang ensem2 & omey2 free!
adik ipar yang ensem2 & omey2 free!! e'eh... ader jugak kans? haruslah...

walau ape pun yang jadi lepas ni, aku tetap sayang diorang.. lillahita'ala 

rindu nak pegi makan-makan ngan diorang & buat bising...

semangat zaman hebat!



'Kem JMK 2012/2013...'


'Malam Anugerah Kolej-Kolej Kediaman 2012/2013..'


'Bicara Kampus bersama Dr. Zahuri Khairani...'


'Jelajah Tasik Banding 2013...'