Saturday 20 July 2013

Inspirasi Diri

Prof Dr. Muhaya..
kenal beliau? beliau merupakan orang yang teringin sangat aku nak jumpa
suka baca buku inspirasi beliau yang diterbitkan, orang yang sangat hebat..

aku mula 'jatuh hati' dengan Dr. Muhaya dalam rancangan 'sehati sejiwa' kalau tak silap aku ler kans terbitan Astro tak lama dulu, beliau dengan suami sertai rancangan tersebut.. peribadinya sangat bersahaja dan lembut, selepas itu.. beliau kerap keluar di dada akhbar dan rancangan tv bercerita resepi kejayaan & motivasi diri. kalaulah.. kalaulah aku diberi peluang berjumpa, kekeke.. sukkkeeee sangat!! 

mengharapkan aku juga mampu memberi inspirasi kepada orang lain seperti beliau. matlamat yang beliau pegang sangat menarik hati aku untuk jadikan beliau sebagai sumber kekuatan dan pendorong untuk aku meraih kejayaan..

"Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan bukannya kesedaran Keegoan. Menjadi insan yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai"


Biodata Profil Prof Dr Muhaya Mohamad

Usia: 54 tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Nama suami: Dr Azmi Jamion
Jawatan suami: Doktor perubatan (klinik sendiri)
Anak: Dr Noor Aniah (doktor optalmologi, kini melanjutkan pelajaran) Dr Noor Atiyah (doktor perubatan)


Pendidikan:


1980 - 1985 : Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
1986 - 1991 : Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM
1998: PhD dalam bidang Ocular Immunology di Universiti London

Kerjaya

  1. Profesor Oftalmologi AUCMS
  2. Pakar Inspirasi dan kolumnis majalah
  3. Pakar Perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur
 Pencapaian:
  1. Wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh
  2. Menerbitkan buku berkonsepkan inspirasi antaranya Bahagia dan Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah Matamu.
  3. Matlamat: "Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan bukannya kesedaran Keegoan. Menjadi insan yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai"

Sumber: http://anizyn.blogspot.com/2013/01/biodata-profil-prof-dr-muhaya-mohamad.html#ixzz2ZbJvPseQ


'Buku pertama yang aku beli, sedang menunggu untuk buku Sejernih Sinar Matamu =)'

No comments:

Post a Comment