Friday 19 July 2013

Adakah Dia? - Episod 1

'emm... dah lena diorang ni bang, penat sangat agaknya main tadi..' 

'yelah, mana taknya kalau dah pusing keliling zoo tak henti satu hari ni.. awak pun rehatlah mah, kesian kat awak letih melayan kerenah diorang ni'

'emm, tak apelah abang.. saya nak temankan abang drive, kesian kat abang sensorang.. bahaya, abang pun letih kan..' 

Datin Naemah pegang erat tangan Dato' Roslan seperti tiada lagi hari esok untuk mereka bersama seperti hari ini dengan anak kembar mereka.

Dato' Roslan?
Dato' Roslan merupakan Pengarah bagi SEAL Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan perniagaan makanan halal untuk dibawa ke luar negara. Syarikat ini dikongsi bersama abang tiri Dato' Roslan iaitu Dato' Zakaria. Ayah kepada Dato' Roslan telah berkahwin dengan ibu kepada Dato' Zakaria selepas 2tahun kehilangan ibunya. Manakala Dato' Zakaria merupakan anak tunggal kepada Puan Jamilah bersama suaminya yang terdahulu.

'Roslan! mana boleh buat abang macam ni.. abang pun ada hak'

'hak apa yang abang ada? abang hanya memegang 20 peratus saham dalam syarikat ini.. bukan bermaksud abang boleh buat apa yang abang suka. abang sedar atau tak dengan apa yang abang dah buat? kalau kita gunakan bahan tu, apa akan jadi dengan produk kita?'

'tapi, abang cuba nak kurangkan kos pembuatannya je..'

'biar kita susah sekarang, daripada kita kena menanggung diakhirat kelak.. abang sanggup?' tinggi suara Dato' Roslan hingga boleh didengar ke luar pejabatnya. Dato' Zakaria menelan air liur yang tersekat di tekaknya mendengar persoalan yang diutarakan oleh adiknya.

Sepintas perbualan bersama abangnya 2 hari yang lepas menerjah kotak fikiran Dato' Roslan. Ditoleh kearah isterinya, sudah lena dibuai mimpi. Dikerling jam keretanya, lagi beberapa minit mereka akan sampai rumah. Kasihan melihat isteri dan anaknya yang keletihan. Ketika Dato' Roslan mengambil laluan masuk ke jalan besar..

'Sreeeeeeettt........ boom!'

'Ayah!!.....'


*****
'Ayah!!.....'

'Weyh Iman, kau ni dah kenapa? ssshh..' Akish terkejut dengan jeritan Iman yang sedari tadi terlena didepan komputer ribanya.

Ditoleh kiri dan kanan, semua orang melihat mereka dengan wajah yang tidak puas hati.

'Weyh Iman, kau ni kenapa? nak tidur balik rumah ler.. kalau kita kena halau, aku tumbuk muka kau' serius muka Akish.

'sorry, dah berapa lama aku tidur ni? nape kau tak kejut aku? aish.. banyak lagi aku nak kena review ni, habislah.. matilah aku, apa aku nak jawab dengan prof esok.. apa pun aku tak buat lagi ni' 

'pap!..' satu pukulan kuat atas kepala Iman, hamik!

'sshh.. aish, budak ini.. aku balik kang, senyap ler sikit.. kita kat perpustakaan kot' sambil menyapu kepala menahan kesakitan, Iman mengangguk.

'relaks lah, benda boleh settle.. nah!' Akish memusingkan komputer ribanya ke pandangan Iman.

FULMINANT VIRAL HEPATITIS

'done!' terbeliak biji mata Iman, kerjanya dah siap. selamat. dipandang muka Akish, kembang kempis hidungnya.

'Akish, kau lah sahabat dan adik yang paling aku sayang.. hehe, kalau kau lelaki.. lama dah aku peluk kau, nasib kau perempuan je..' Iman buat muka ala-ala comel, bajet Akish cair?

'e'eh.. sahabat tu boleh terima lagi, adik? beza setahun je pun.. tak payah nak adik sangat!'

'Iman, aku lapar.. belanja aku makan nasi ayam kedai mak Som jom! hehe..'

'boleh! boleh.. disebabkan kau dah tolong aku, aku belanja kau.. kau ni! comel lah..'
pipi Akish dicubit Iman, terkejut Akish. Merah padam dibuatnya, itulah Iman.


*****

'Iman.. apa yang kau mimpi tadi? macam teruk je.. kau mimpikan arwah ayah kau lagi eh?'
Iman yang dari tadi kusyuk dengan nasi ayamnya, terhenti kunyahannya. Dipandang Akish dalam.

'emm..' Iman mengangguk memberi signal pada Akish yang dia mengiyakannya.


'Iman.. boleh aku tanya, maaf..'

'tanyalah apa yang kau nak tanya...'

'kau tak pernah cerita dekat aku macam mana kau boleh kehilangan ayah dan mak kau kans?' Iman terkejut, lalu diangkat kepalanya perlahan.

'Akish.. '

'erk.. eh, takpelah Iman.. anggap je aku tak pernah tanya, maaf..' Akish tunduk dan dihirup sup nasi ayam dihadapannya laju.

'diorang kemalangan, itu je yang aku tahu.. ' lembut pandangan Iman pada Akish.

'kau ada juga waktu tu?'

'emm.. aku rasa, aku tak ingat apa yang jadi sebelum tu.. bila aku terjaga aku dah kat hospital, doktor bagitahu yang mak dan ayah aku dah tak ada. Disebabkan tiada yang menuntut jenazah, mak dan ayah aku dikebumikan di tanah perkuburan Islam yang berdekatan dengan hospital dengan jasa baik hospital'

Akish tekun mendengar cerita Iman.

'Aku dengan adik aku, diserahkan kepada Pusat kebajikan Masyarakat dan kemudian kami dipindahkan ke rumah anak-anak yatim'

'Kau ada adik Iman?' Iman mengangguk.

'Yer.. aku ada adik' perlahan Iman menjawab, suaranya mula kehilangan nada. Air mata yang ditahan sejak tadi, jatuh. 

'Sebulan kami duduk dirumah anak yatim, adik aku mula demam panas.. kakitangan rumah anak yatim tu kata, adik aku mungkin rindukan kasih sayang seorang ibu. Jadi, diorang serahkan adik aku kepada keluarga angkat'

'Iman..' Akish tergamam.

'tak apa Akish, aku redha.. aku rela lihat adik aku membesar dengan baik, dengan kasih sayang daripada dia duduk dirumah anak yatim dengan aku'

'Iman, macam mana kau boleh hidup tanpa adik kau.. sedangkan aku yang kehilangan ibu pun boleh hilang arah. Kau kuat Iman..' Akish bermonolog sendiri.

'Seminggu adik aku pergi, seorang lelaki berjumpa dengan kakitangan rumah anak yatim..'


*****
'Assalamualaikum Iman..'

'Uncle Aiman..' terkejut Iman melihat Aiman dihadapannya.

'Iman..' lelaki yang berusia lingkungan ayahnya itu, dipeluk erat. Tangisan Iman kuat, perasaan yang dipendam selama ini diluah.

'Iman.. jangan nangis, hero uncle ni kan kuat.. jangan nangis sayang' Aiman menyapu air mata anak kecil itu.

'Uncle.. adik Ilham..' Aiman mengangguk. Dia terlewat. Selama sebulan, Aiman mencari mereka. Pertemuannya dengan Iman sangat bermakna bagi beliau, tapi apakan daya Ilham sudah bersama keluarga angkat yang lain'

'Tak apa, nanti kita cari Ilham..sekarang, kita kemas barang Iman. Iman tinggal dengan uncle yer' Iman mengangguk setuju. Tangan Aiman dipegang erat. 

*****
'sejak hari itu, aku tinggal dengan ayah Aiman dengan umi. Diorang layan aku macam anak diorang. Ayah Aiman tu kawan baik ayah aku, selalu jumpa kitorang bila hujung minggu.'

'emm..' Akish tunduk diam. Menyesal dengan pertanyaan yang diberikan pada Iman. 

'hey Akish, kenapa?'

'Iman.. aku selalu fikir, kenapa Allah ambil ibu aku dari aku. Aku belum puas untuk hidup dengannya. Kini, aku sedar.. bukan aku sorang yang sedih, tetapi ada yang jauh lebih sedih bila melalui kehilangan'

'Akish, Allah itu Maha Adil. DIA takkan uji hambaNya jika DIA tidak tahu kemampuan hambaNya. Sudah sampai masanya ibu kau, mana tahu satu hari nanti. aku pula.. ataupun kau' Iman senyum kecil.

'Iman..' muka lembut Iman ditenung Akish, hatinya berbisik.

'kalaulah Allah bisa beri hati lelaki ini pada aku, aku sedia menerimanya dengan ikhlas jiwaku' 

'Akish.. Akish.. Akish!' suara Iman mematikan lamunan Akish.

'ha?.. apa?' 

'kau ni dah kenapa termenung? cepat habiskan nasi ni.. aku nak kena hantar kau balik lagi, kang lewat ayah kau marah pulak..'

'aaa.. ok!' dalam menghabiskan hidangannya, Akish teringat sesuatu.

'ABAH!'

*****
Menjingkit Akish masuk ke halaman rumahnya, takut didengari oleh abahnya yang mungkin sudah tidur lewat malam ni. Pintu utama rumahnya dikuak perlahan.. dah macam pencuri lagaknya. Langkahannya terhenti..

'Nurul Balkish Binti Mohktar.. ' 

Gulp!!..

'yer abah.. hehe' tegak Akish menghadap abahnya yang duduk diruang tamu memandang tepat padanya, dibetulkan cermin matanya dan berjalan ke arah Akish. Belum sempat abahnya mulakan perbualan..

'abah.. Akish minta maaf, abah.. Akish lupa, abah.. hehe' Hj. Mokhtar terkejut dengan perlakuan Akish, badannya dipeluk erat oleh Akish. 

'Akish study kat perpustakaan tadi, lepas tu pergi makan dengan Iman.. Akish lupa yang abah bawa kawan abah datang rumah hari ni, huhu.. abah, Akish minta maaf yer' ditenung muka Hj. Mokhtar oleh anaknya.

'haish.. budak ni, saje je kan nak bagi aku cair.. tak boleh2x, aku kena kuat'

'ehem2, ye ke lupa? ke saja nak mengelak... Akish, masuk ni dah kali ke berapa Akish lupa ngan temujanji Akish. Kesian dengan Uncle Zack dan isteri tunggu Akish, anak bujang diorang pun ada tadi'  ada sedikit nada tegas pada teguran Hj. Mokhtar.

'Abah.. maaflah, Akish lupalah abah.. ok, Akish janji tak buat lagi. Abah janganlah marah eh, ok? maaf abah.. pleeaassee? abah..~' dah keluar dah nada manja si Akish memujuk abahnya.

'Promise?'

'Ok, promise.. hehe, tak buat lagi' Akish mengenyit mata pada abahnya. Harap abahnya tidak marah lagi.

'Ok..'

'hehe.. sayang abah! mmuahx..' dicubit pipi Akish, keletahnya berjaya memujuk Hj. Mokhtar.

'Akish buat apa? pukul10 baru balik ni? keluar makan dengan Iman?'

'A'ah.. kitorang ada buat discussion kat perpustakaan tadi, lepas habis.. terus pergi makan, tu yang Akish lupa dengan temujanji malam ni.. maafkan Akish'


'Akish...'

sniff.. sniff.. sniff..

'Abah ada bau budak busuk lah, kat mana eh..'

'ha?.. busuk ape?' Akish turut memanjangkan hidungnya, mencari bau yang disebut oleh abahnya.

'ni ha! Nurul Balkish tak mandi lagi rupanya... hehe' 

'Abah..... hukhuk' Akish memuncungkan mulutnya. Lantaran, ketawa kecil memenuhi ruang tamu rumah Hj. Mokhtar dengan gelagat mereka anak beranak. 

Pandangan Hj. Mokhtar menuruti Akish yang menaiki tangga ke biliknya di tingkat atas. Akish adalah cahaya bagi Hj. Mokhtar selepas isteri beliau meninggal dunia 2 tahun lepas semasa Akish baru saja mendaftar untuk pengajiannya di peringkat ijazah di universiti pengajian tinggi awam di Malaysia. 

Kehilangan isterinya sedikit sebanyak mengganggu pelajaran Akish, keputusan awal semester pengajian Akish agak membimbangkan Hj. Mokhtar. Kerana selama ini isterinya yang selalu memberi dorongan dan semangat pada anaknya. Selepas peristiwa Akish cuba terjun dari bangunan, Hj. Mokhtar lebih banyak dekati Akish. Ucapan terima kasih banyak diberikan kepada Iman. Kerana Iman, Akish masih lagi bersama beliau sehingga kini. Kerana itu, Hj. Mokhtar percaya Akish akan selamat bersama Iman. Namun, tetap ada larangannya kerana Iman tetap seorang lelaki.


*****
Beep.. beep..

'Yer Shira..'

'Dato', En. Mizan dah sampai '

'Panggil dia masuk..'

Pintu pejabat Dato' Zakaria dikuak, seorang lelaki muda dalam lingkungan 20-an berdiri dihadapan meja Pengarah SEAL Sdn.Bhd. Mukanya tenang, bajunya kemas dengan kemeja biru bersama blazer hitam daripada GUESS. 

'Selamat pagi Dato' Zakaria..' suara lelaki itu memecah kesunyian ruang pejabat milik Dato' Zakaria.

bersambung...

No comments:

Post a Comment