Saturday 20 July 2013

Cita-Cita

Cita-cita?

cita-cita ni penting tak sebenarnya?
bagi aku, penting.. sebab ia seperti satu tanda aras sejauh mana usaha yang kita boleh buat untuk capai cita-cita tu..

tak pe kalau xmampu sampai cita-cita, tapi azam nak capai tu kena ada..
soalan klise waktu tadika, sekolah rendah bila perkenalkan diri..

sekolah rendah
cikgu: ashikin, apa cita2 kamu?
aku: emm.. nak jadi doktor cikgu
cikgu: sebab ape?
aku: nak tolong orang sakit

UP ckit! sekolah menengah
cikgu: nurul ashikin, apa cita2 awak?
aku: nak jadi polis..
cikgu: polis? sebab?
aku: boleh selamatkan orang

UP lagi, waktu poli.. amik jurusan Hotel & Katering
pensyarah: shikin, lepas abis belajar nak buat ape?
aku: emm.. sambung belajar kot
pensyarah: sambung belajar, nak kerja ape?
aku: saya ingat nak sambung kulinari.. hehe (dalam hati, mampukah?)

Perbualan dengan arwah emak, terngiang2 lagi..
aku: mak, kalo orang nak sambung degree lepas diploma boleh x?
mak: boleh, nak sambung ape?
aku: sambung hotel & katering lagi ler kot...
mak: pastu?
aku: kalo orang jadi pensyarah, layak x?
mak: kalo nak, buat betul2.. belajar betul2, jangan main2..
aku: betul ni? boleh?
mak: emm (mengangguk2 je... )

sekarang? 
jadi cikgu?
cikgu juga salah satu cita-cita aku, cuma... aku xmention je kat sini, keke.. dia macam pilihan kedua sebelum yang atas2 ni, sebab pernah terdetik bila nengok cikgu/pensyarah mengajar.. teringin nak jadi macam diorang, mereka orang2 yang hebat.. membimbing anak bangsa dengan perkongsian ilmu yang mereka ambil dari cikgu/pensyarah mereka yang terdahulu.. 

Kini, tiba masa aku pula untuk berkongsi dengan anak murid aku.. Insyaallah
semoga segalanya dipermudahkan
sekarang aku di semester 5, dah nak masuk 6.. lagi setahun je pengajian aku
agak risau dengan keadaan 'posting' sekarang, sangat bimbang sebenarnya..
tapi aku tawakal pada DIA, selepas aku berusaha sejauh ini.. moga semua urusan aku dipermudahkan

*lagi setahun, keke.. gatai! 

'Konvokesyen PSIS kali ke-3'

No comments:

Post a Comment